Terma-terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Atas Talian Rider4U
Tarikh dikemaskini: 18 April 2020
PENTING: SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI ("TERMA-TERMA"). IA MENGANDUNGI PERUNTUKAN YANG MEMBATAS LIABILITI RIDER4U DAN LAIN-LAIN PERUNTUKAN YANG MEMPUNYAI KESAN TERHADAP HAK ANDA DI SISI UNDANG-UNDANG.
Dengan memasang, mengakses atau menggunakan laman sesawang, aplikasi mudah alih, penerimaan berita secara emel dan melalui langganan, dan lain-lain kaedah digital yang membuat rujukan kepada terma-terma ini, anda telahpun menjadi pihak kepada satu perjanjian yang mengikat anda dengan SMART NETWORK TECH SDN BHD ("Rider4U", "kami" atau "kita") di Malaysia, yang beroperasi dari ibupejabatnya di 2-2-7, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Dengan menerima terma-terma ini, anda juga faham dan bersetuju dengan Kenyataan Privasi Rider4u, yang telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada perjanjian ini. Kenyataan Privasi kami menjelaskan bagaimana kami mendapatkan, menggunakan dan berkongsi maklumat.
Perkhidmatan atas talian tidak dimaksudkan untuk kegunaan, atau disasarkan, kepada mana-mana orang yang berumur di bawah 13 tahun. Anda hendaklah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menggunakan perkhidmatan atas talian. Sekiranya anda sudah berumur 13 tahun tetapi belum mencapai umur 18 tahun, anda mestilah membaca terma-terma ini dengan ibubapa atau penjaga anda dan mereka hendaklah faham dan bersetuju dengan terma-terma ini untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan atas talian.
Sekiranya ibubapa atau penjaga anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini, anda hendaklah berhenti daripada menggunakan perkhidmatan atas talian dan meminta Rider4U membatalkan sebarang akaun perkhidmatan atas talian yang telah anda cipta. Anda boleh meminta pembatalan akaun dengan menghantar emel kepada info@rider4u.my, dan sila nyatakan alamat emel akaun yang anda hendak batalkan.
1. Mengenai Perkhidmatan Atas Talian
Patuhi Undang-Undang Jalanraya. Apabila anda menggunakan perkhidmatan atas talian, anda hendaklah patuh kepada undang-undang jalanraya dan lain-lain garispanduan dan peraturan yang terpakai. ANDA DILARANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SEMASA ANDA MEMANDU ATAU SEMASA BERADA DI BELAKANG KEMUDI ATAU SEMASA ANDA SEDANG MENGAWAL KENDERAAN YANG BERJALAN ATAU YANG TIDAK BERHENTI DI TEMPAT LETAK KERETA. Bagi tujuan keselamatan anda pada setiap masa, anda hanya boleh mengunakan perkhidmatan atas talian dalam keadaan dimana ianya dibenarkan oleh undang-undang dan selamat untuk berbuat demikian.
Anda bertanggungjawab keatas alat peranti dan akaun anda. Anda bertanggungjawab keatas sebarang alat peranti, perisian dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian. Rider4U tidak memberi sebarang jaminan bahawa perkhidmatan atas talian akan berfungsi sepenuhnya dengan sebarang alat peranti atau sebarang perisian. Anda juga bertanggungjawab ke atas caj perkhidmatan untuk perkhidmatan mesej dan data, fee dan cukai keatas penggunaan perkhidmatan atas talian anda, termasuk semasa kami berkomunikasi dengan anda melalui teks, emel atau lain-lain kaedah pilihan anda. Anda hanya boleh menggunakan perkhidmatan atas talian dengan menggunakan peranti milik anda atau yang berada dibawah kawalan anda dan dengan menggunakan sistem operasi yang dibenarkan (contohnya, Apple iPhoneOS untuk peranti-peranti Apple). Jika anda mencipta akaun perkhidmatan atas talian, anda bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan akaun berkenaan dan segala aktiviti dibawah akaun tersebut. Anda hanya boleh menggunakan satu akaun perkhidmatan atas talian dan memastikan maklumat akaun berkenaan adalah tepat pada setiap masa.
Hak Rider4U untuk mengemaskini atau menamatkan perkhidmatan atas talian. Anda faham dan bersetuju bahawa Rider4U (samada dengan pemberian notis atau sebaliknya) berhak mengemaskini, mengubah atau menamatkan perkhidmatan atas talian (atau hak anda untuk mengaksesnya) dari masa ke semasa, termasuklah memuat masuk kemaskini tersebut ke (atau mengeluarkan fungsi-fungsi atau akses daripada) mana-mana aplikasi Rider4U yang telah berada di alat peranti anda.
Mengemaskini terma-terma ini. Rider4U juga boleh mengemaskini terma-terma ini pada bila-bila masa dan atas budibicaranya sendiri. Sekiranya Rider4U membuat pindaan yang besar kepada terma-terma ini, kami akan memaklumkannya kepada anda melalui kaedah-kaedah yang munasabah seperti memasukkan terma-terma baru tersebut ke dalam perkhidmatan atas talian. Jika anda tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, anda hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada menggunakan perkhidmatan atas talian dan meminta supaya Rider4U menutup akaun perkhidmatan atas talian yang telah anda cipta. Untuk menutup akaun anda, anda boleh www.rider4u.my dan Contact Us atau melalui emel kepada kami di info@rider4u.my
Perniagaan dan Operator Restoran Bebas. Meskipun Rider4U mengawalselia perkhidmatan atas talian, ianya tidak bertanggungjawab ke atas operasi sebahagian daripada restoran-restoran. Ada terdapat restoran-restoran yang dimiliki dan dijalankan oleh pengusaha lain. Tiap-tiap restoran adalah masing-masing bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan regulasi, yang terpakai kepada apa-apa isu berhubung pemberian produk kepada anda, dan apa-apa isu berhubung pekerja di restoran. Nama penuh dan alamat restoran adalah tercatat didalam halaman sesawang.
Pautan peluang pekerjaan daripada perkhidmatan atas talian. Rider4U dan semua restoran-restoran adalah merupakan majikan yang komited didalam memberi peluang yang sama-rata kepada pelbagai tenaga kerja. Perkhidmatan atas talian mungkin menyediakan pautan peluang pekerjaan samada di Rider4U atau di restoran-restoran. Ini bermaksud restoran yang menyediakan pautan peluang pekerjaan berkenaan sahaja yang bertanggungjawab ke atas kehendak-kehendak pekerjaan, keputusan pengambilan pekerja dan lain-lain perkara yang melibatkan pekerjaan didalam perniagaan restoran tersebut.
Bagaimana untuk menghubungi kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen berhubung perkhidmatan atas talian, sila rujuk ke bahagian Contact Us di dalam perkhidmatan atas talian atau anda juga boleh melawat laman www.rider4u.my
2. Amalan-amalan berkaitan maklumat dan komunikasi dengan anda
Kenyataan Privasi Rider4u. Terma-terma ini adalah tertakluk kepada Kenyataan Privasi Rider4U yang telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada terma-terma ini. Kenyataan Privasi kami mengandungi amalan-amalan berkaitan maklumat, termasuk bagaimana kami mendapatkan, menggunakan dan berkongsi maklumat.
Bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Melalui perkhidmatan atas talian, anda boleh memilih untuk menerima emel, mesej teks di nombor telefon bimbit yang anda berikan kepada kami atau pemberitahuan (push notification) daripada Rider4U. Apabila anda memilih untuk menerima komunikasi-komunikasi sebegini, anda memahami dan bersetuju bahawa anda akan menerima mesej-mesej berbentuk pemasaran, transaksi dan lain-lain mesej daripadaRider4U. Rider4U boleh menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami untuk berkomunikasi dengan anda sebagaimana yang diterangkan didalam Kenyataan Privasi Rider4U.
Pilihan untuk keluar secara amnya daripada berkomunikasi. Anda mempunyai pilihan tentang bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Secara amnya, anda akan dapat melihat pilihan-pilihan anda dan bagaimana anda boleh membuat pilihan tersebut di bahagian profil dalam perkhidmatan atas talian yang anda gunakan. Anda juga boleh menukar pilihan-pilihan komunikasi anda melalui tetapan alat peranti anda. Selain itu, komunikasi kami kepada anda juga mungkin akan menyediakan kaedah untuk membolehkan anda membuat pilihan untuk tidak lagi daripada berkomunikasi. Anda faham dan bersetuju bahawa anda mungkin dikehendaki untuk menguruskan pilihan-pilihan anda secara berasingan bergantung kepada tiap-tiap kaedah berkomunikasi. Contohnya, jika membuat pilihan untuk tidak menerima emel pemasaran kami, anda masih boleh menerima mesej teks pemasaran kami sekiranya anda membuat pilihan untuk menerimanya. Walaupun kami akan mengambil langkah yang terbaik untuk memudahkan cara anda membuat pilihan untuk berkomunikasi dengan kami, anda mungkin akan dikehendaki untuk menguruskan pilihan-pilihan anda untuk setiap perkhidmatan atas talian. Harap maklum bahawa untuk komunikasi yang berkaitan dengan akaun dan transaksi, anda akan hanya boleh berhenti menerima komunikasi-komunikasi sedemikian jika anda menamatkan akaun perkhidmatan atas talian anda.
3. Tawaran.
Anda mungkin akan menerima pelbagai tawaran melalui perkhidmatan atas talian. Terma-terma am berikut adalah terpakai kepada sebarang tawaran: (1) tawaran tersebut mungkin akan hanya boleh didapati melalui perkhidmatan atas talian yang tertentu dan untuk produk tertentu tertakluk kepada stok sedia ada, di restoran yang mengambil bahagian sahaja, dan sehingga tamat tempoh sah tawaran; (2) tertakluk kepada jadual perkhidmatan (contohnya, tawaran bukan sarapan pagi mungkin tidak boleh diberikan semasa tempoh sarapan pagi); melainkan dinyatakan sebaliknya, setiap tawaran akan tamat apabila ditebus; (4) hanya satu tawaran boleh digunakan untuk satu kunjungan ke restoran; (5) tawaran tidak boleh dipindahmilik kepada orang lain; dan (6) tiada sebarang alternatif untuk membuat penukaran kepada wang tunai. Sebagai tambahan, mungkin akan terdapat terma-terma tertentu yang terpakai kepada sesuatu tawaran dan di atas aplikasi, ianya akan dinyatakan bersebelahan dengan tawaran berkenaan. Tidak semua tawaran boleh digabungkan dengan pesanan-pesanan.
Anda membeli produk terus daripada restoran. Apabila anda menebus tawaran, anda menebusnya terus daripada restoran yang mengambil bahagian dan kontrak untuk penyediaan produk tersebut adalah diantara anda dan pihak restoran yang menerima pesanan.
Mengenai produk didalam perkhidmatan atas talian. Semua produk adalah tertakluk kepada stok sedia ada di restoran dimana anda mengambil pesanan anda. Ada sebahagian restoran yang tidak menjual semua jenis produk. Imej produk dan kaedah pembungkusan di dalam perkhidmatan atas talian adalah dianggap sebagai contoh sahaja dan mungkin tidak sama dengan produk dan kaedah pembungkusan yang anda terima di restoran. Perbezaannya mungkin disebabkan oleh warna yang dipaparkan melalui peranti anda atau faktor-faktor seperti bahan-bahan yang digunakan, pembekal, kawasan tertentu di dalam negara dan faktor musim pada tahun tersebut.
Mengenai harga semasa membuat pesanan. Setiap restoran akan menentukan harga masing-masing dan mengenakan kadar cukai atau sebarang fee yang diperuntukkan dibawah undang-undang. Harga adalah termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan pada kadar 6% atau lain-lain bentuk cukai dan/atau kadar yang ditetapkan oleh undang-undang daripada masa ke semasa. Tawaran dan harga yang tertentu mungkin tidak terpakai untuk kesemua pesanan di semua lokasi. Sekiranya anda mendapati terdapat kesilapan pada harga produk, sila hubungi restoran dimana anda membeli produk berkenaan untuk mendapatkan pulangan wang.
Pemulangan wang dan hak anda sebagai pengguna. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan pemulangan wang atau atas apa-apa sebab sekalipun, termasuklah jika produk anda tidak memuaskan atau atas lain-lain sebab, sila hubungi restoran dimana anda membeli produk berkenaan bagi tujuan mendapatkan pemulangan wang yang kena dibayar kepada anda. Terma-terma ini tidak memberi sebarang kesan kepada hak anda disisi undang-undang berhubung isu ini.
4. Pemilikan dan lesen-lesen untuk perkhidmatan atas talian
Pemilikan harta intelek Rider4U. Setiap dan kesemua kepentingan didalam perkhidmatan atas talian adalah dan hendaklah sentiasa menjadi hakmilik ekslusif Rider4U atau pemegang-pemegang lesennya. Sebagai penjelasan lanjut, "perkhidmatan atas talian" termasuklah sebarang dan kesemua kandungan perkhidmatan atas talian, seperti, tetapi tidak terhad kepada, teks, imej, grafik, logo, kepala tajuk, butang ikon, imej, klip audio, muat turun digital, kompilasi data, perisian, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, perihal dagangan, audio, video, data dan lain-lain bahan (secara kolektifnya dirujuk sebagai "isikandungan") termasuklah mana-mana bahagian perkhidmatan atas talian. Anda adalah diberi lesen untuk mengguna Perkhidmatan atas talian, dan ianya bukan dijual kepada anda. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam terma-terma ini adalah bertujuan untuk memindahmilik hak sedemikian kepada, atau menyerah hak sedemikian kepada anda.
Lesen yang diberikan kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan atas talian. Tertakluk kepada terma-terma ini, anda adalah diberi hak secara peribadi, tak ekslusif, yang tak boleh dipindahmilik dan yang boleh dibatalkan, untuk menggunakan perkhidmatan atas talian semata-mata bagi tujuan peribadi anda, tidak bertujuan komersial dan tertakluk kepada terma-terma ini. Sebagai penjelasan lanjut, "Menggunakan" termasuk mengakses, membuat interaksi, dan memaparkan. Tiada lesen atau hak diberikan kepada anda secara tersirat atau sebaliknya, melainkan lesen dan hak yang secara tersurat dibawah terma-terma ini. Rider4U juga menyimpan segala hak-hak dan kepentingan yang lain.
Maklumat Tanda Dagangan. Tanda-tanda dagangan, tanda-tanda perkhidmatan, dan elemen-elemen grafik, termasuk wajah dan rasa guna yang dipaparkan di perkhidmatan atas talian adalah unik dan merupakan tanda dagangan atau perihal dagangan Rider4U atau pemegang-pemegang lesen yang dilindungi. Perkhidmatan atas talian boleh juga mengandungi lain-lain nama pihak ketiga, tanda-tanda dagangan, dan tanda-tanda perkhidmatan yang menjadi hakmilik tuanpunya masing-masing.
5. Penghantaran maklumat oleh pengguna dan idea-idea yang tidak diminta
Penghantaran oleh pengguna. Sesetengah perkhidmatan atas talian akan membenarkan anda menghantar komen, kenyataan, cadangan, idea, grafik, foto, soalan, aduan atau lain-lain maklumat yang dihantar kepada Rider4U melalui perkhidmatan atas talian (secara kolektifnya dirujuk sebagai "penghantaran maklumat"). Anda faham bahawa dengan menghantar apa-apa maklumat kepada Rider4U melalui perkhidmatan atas talian, anda akan menyerahkan kepada Rider4U hak yang kekal, tak boleh ubah, terpakai di seluruh dunia, tidak ekslusif, tidak melibatkan bayaran royalti, hak untuk mengguna yang boleh dipindahmilik, hak menggunakan semula, mengedarkan, memberi lesen kecil kepada orang lain, meminda, mengalih bahasa, menyediakan kerja-kerja derivatif, memaparkan dan menghantar kepada orang awam, termasuk menggunakannya untuk sebarang tujuan komersil atau lain-lain tujuan tanpa mendapat sebarang persetujuan atau pemberian pampasan kepada anda atau kepada orang lain, termasuk menggunakannya bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau pampasan kepada anda atau lain-lain pihak. Rider4u tidak dikehendaki untuk menyifatkan penghantaran-penghantaran maklumat sebagai rahsia.
Idea-idea yang tidak diminta. Rider4u mempunyai polisi untuk tidak melayan idea-idea yang tidak diminta. Kami menghargai masa yang anda berikan untuk Rider4U akan tetapi kami tidak berupaya melayan semua idea-idea baru yang datang daripada luar sistem Rider4U. Anda adalah dengan ini melepaskan Rider4U dan Ahli-Ahli Sistem Rider4U apabila kami mempertimbangkan, mengguna atau memajukan apa-apa produk, rekaan, konsep atau lain-lain bahan yang serupa atau mempunyai kesamaan dengan penghantaran anda samada buat masa ini atau dimasa hadapan. Sila lihat Rider4U FAQs untuk penerangan lebih lanjut.
6. CARA DAN LARANGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Cara yang dibenarkan dan larangan. Berhubung dengan perkhidmatan atas talian (termasuk isi kandungan), anda tidak dibenarkan, dan tidak boleh membenarkan pihak-pihak ketiga untuk:
Menggunakan perkhidmatan atas talian untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang dan dilarang dibawah terma-terma ini;
Memadamkan atau meminda apa-apa hakcipta, tanda dagangan atau notis-notis proprietari;
Cuba untuk mendapatkan millikan atau hak kepada perkhidmatan atas talian, termasuk isi kandungan;
Mengguna, menyalin, mengedar, menerbitkan semula, memapar, mendedah, memuat naik, mengepos atau menghantar perkhidmatan atas talian bagi tujuan komersil;
Menyewa, memajak, menjual, memberi lesen kecil, meminjam, menterjemah, menyatukan, menyesuai, memindahhak atau memindahkan perkhidmatan atas talian, atau menggabungkannya dengan, atau memasukkannya ke dalam, lain-lain program atau perkhidmatan;
Meleraikan, memisahkan, menterbalik atur, menyalin dalam format "source code" atau "object code" atau membuat kerja derivatif berdasarkan perkhidmatan atas talian;
Memindah, memberi, mengeksport atau mengeksport semula perkhidmatan atas talian yang menyalahi embargo, larangan perdagangan atau lain-lain kawalan teknologi atau undang-undang eksport, dan anda membuat representasi dan memberi waranti bahawa anda tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah undang-undang Malaysia, khususnya dibawah Bahagian VI(A) Kanun Acara Jenayah, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Mengguna atau melancarkan teknologi yang tidak dibenarkan atau suatu sistem automatik untuk mengakses perkhidmatan atas talian atau mendapatkan isikandungan perkhidmatan atas talian, termasuk tetapi tidak tertakluk kepada "spiders", robot, "screen scrapers" atau "offline readers";
Cuba untuk menghentikan, merosak, menambah beban, mengurangkan atau mendapatkan akses yang tidak sah kepada perkhidmatan atas talian, rangkaian rider4U atau sebarang akaun pengguna yang berkaitan dengan perkhidmatan atas talian.
7. PEMBATASAN LIABILITI DAN PENOLAKAN
Pembatasan liabiliti Rider4U. RIDER4U DAN AHLI-AHLI SISTEM RIDER4U TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG, KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN, GANTIRUGI KHAS, AM, TELADAN ATAU TAK LANSUNG, TERMASUK MELIBATKAN KEHILANGAN DATA BERHUBUNG PERKHIDMATAN ATAS TALIAN. TIADA APA DIDALAM SEKSYEN INI BERNIAT UNTUK MEMBATASKAN LIABILITI RIDER4U TERHADAP KEMATIAN, KECEDERAAN ATAU KEROSAKAN HARTA SETAKAT MANA IANYA DISEBABKAN OLEH KECUAIAN RIDER4U SENDIRI, KECUAIAN AM ATAU PERBUATAN DENGAN NIAT ATAU PERLAKUAN YANG SALAH. SEBAGAI TAMBAHAN, TIADA APA DIDALAM SEKSYEN INI BERNIAT UNTUK MEMBATAS ATAU MEMINDA HAK-HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA YANG TIDAK BOLEH DIBATASKAN ATAU DIPINDA DIBAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG. Rider4U menyimpan segala hak untuk mendapatkan semula gantirugi atau lain-lain bentuk pampasan dibawah terma-terma ini atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Rider4U memberi perkhidmatan atas talian atas dasar "sebagaimana sedia ada" dan tanpa sebarang waranti. Perkhidmatan atas talian mungkin tidak tepat sepenuhnya dan mengandungi kesilapan. RIDER4U MEMBERI PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ATAS DASAR ‘SEBAGAIMANA SEDIA ADA" DAN TANPA SEBARANG WARANTI BOLEH DIDAGANGKAN ATAU SESUAI UNTUK SESUATU TUJUAN. RIDER4U TIDAK MEMBERI SEBARANG WARANTI ATAU MEMBUAT SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH TEPAT, BOLEH DIPERCAYAI, TIDAK TERGANGGU, BEBAS DARIPADA KESILAPAN, BAHAWA SEBARANG KESILAPAN AKAN DIPERBETULKAN ATAU BAHAWA PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH BEBAS DARI SEBARANG VIRUS ATAU LAIN-LAIN PERKARA YANG MERBAHAYA. APABILA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN, ANDA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. SATU-SATUNYA REMEDI ANDA TERHADAP RIDER4U DAN AHLI-AHLI SISTEM RIDER4U KEATAS KETIDAKPUASAN HATI MENGGUNA PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH DENGAN BERHENTI DARIPADA MENGGUNAKANNYA. PEMBATASAN RELIF INI ADALAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PERSETUJUAN SELEPAS TAWAR MENAWAR DIANTARA KEDUA-DUA PIHAK.
Perkhidmatan Pihak Ketiga. Perkhidmatan atas talian boleh menyambungkan anda atau membenarkan anda menggunakan laman sesawang pihak ketiga, bahan-bahan yang boleh dimuat turun, isikandungan, rangkaian sosial atau lain-lain perkhidmatan digital (kesemuanya dirujuk sebagai "perkhidmatan pihak ketiga"). Pihak-pihak ketiga ini mungkin mempunyai terma dan syarat dan polisi privasi yang tersendiri dan anda hendaklah membaca dan memahaminya sebelum menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. RIDER4U DAN AHLI-AHLI SISTEM RIDER4U TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN BERPUNCA DARIPADA ATAU YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA.
Keadaan diluar kawalan kami. RIDER4U DAN AHLI-AHLI SISTEM RIDER4U TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEGAGALAN RIDER4U UNTUK MENJALANKAN OBLIGASI-OBLIGASINYA DIBAWAH TERMA-TERMA INI JIKA KEGAGALAN TERSEBUT ADALAH DISEBABKAN ATAU BERKAITAN DENGAN KEADAAN YANG DILUAR KAWALAN MUNASABAH RIDER4U. Didalam keadaan sedemikian, obligasi-obligasi Rider4u dibawah terma-terma ini adalah digantung untuk tempoh keadaan tersebut masih lagi wujud; dan Rider4U boleh, tetapi tidak diwajibkan, untuk mengambil segala langkah-langkah yang munasabah untuk mencari penyelesaian, yang mana penyelesaian tersebut akan membolehkan Rider4U menjalankan tanggungjawabnya dibawah terma-terma ini, meskipun keadaan tersebut masih lagi wujud.
8. Aplikasi Apple
Terma-terma ini adalah termasuk dan menjadi tambahan kepada terma dan syarat Apple, Inc. ("Apple") (dapat dilihat di halaman https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/us/terms.html), termasuklah terma-terma "Licensed Application End User" yang terkandung didalamnya ("terma Apple"). Jika anda menggunakan perkhidmatan atas talian melalui aplikasi Apple ("Aplikasi Apple"), anda mengakui dan bersetuju bahawa:
Apple tidak mempunyai obligasi untuk memberi perkhidmatan sokongan atau penyelenggaraan berkaitan Aplikasi Apple. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Aplikasi Apple, sila hubungi Rider4U dan bukannya Apple, dengan menggunakan butir-butir perkhidmatan sokongan di atas.
Melainkan dinyatakan sebaliknya dibawah terma-terma ini, sebarang tuntutan berhubung milikan atau penggunaan Aplikasi Apple adalah diantara anda dan Rider4U (dan bukannya diantara anda atau orang lain, dengan Apple); dan
Sekiranya terdapat tuntutan oleh pihak ketiga yang berkaitan dengan pemilikan atau penggunaan (selaras dengan terma-terma ini) Aplikasi Apple yang melanggar sebarang hak harta intelek, Apple tidak bertanggungjawab terhadap anda berhubung tuntutan tersebut;
Jika Aplikasi Apple yang anda beli tidak menuruti apa-apa waranti yang terpakai kepadanya, anda boleh menghubungi Apple, dan anda boleh mendapatkan pulangan wang harga Aplikasi Apple tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat Apple semasa itu. Melainkan sedemikian, dan setakat mana dibenarkan oleh undang-undang, Apple tidak memberi atau memasuki apa-apa waranti, syarat dan lain-lain terma berhubung Aplikasi Apple dan tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan Aplikasi Apple atau akibat daripada penggunaan Aplikasi Apple oleh anda atau lain-lain orang atau akibat daripada sandaran kepada isikandungannya.
9. PELBAGAI
Rider4U tidak membuat sebarang representasi bahawa perkhidmatan atas talian adalah sesuai dan boleh didapati di luar negara Malaysia. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan atas talian di lokasi-lokasi yang lain, anda adalah bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai di sana.
Terma-terma ini adalah tertakluk kepada dan hendaklah dibaca selaras dengan undang-undang di Malaysia, meskipun terdapatnya prinsip berhubung konflik undang-undang. Anda bersetuju secara tak boleh batal untuk diikat dibawah bidangkuasa mahkamah-mahkamah kompeten di Malaysia bagi maksud sebarang tindakan undang-undang berhubung dengan atau berkaitan terma-terma ini atau perkhidmatan atas talian.
Walaupun terma-terma ini mengikat anda dan Rider4U sahaja (meskipun Apple bukanlah suatu pihak dan Ahli-Ahli Sistem Rider4U yang lain juga bukanlah suatu pihak), Apple dan Ahli-Ahli Sistem Rider4U yang lain adalah benefisiari-benefisiari dibawah terma-terma ini dan mempunyai hak untuk menguatkuasakan hak yang dipegang oleh Rider4U, setakat mana terma-terma ini adalah terpakai kepada mereka, Selain daripada mereka itu, tiada lagi benefisiari-benefisiari pihak ketiga yang mempunyai kaitan dengan terma-terma ini.
Terma-terma ini adalah dirangka didalam Bahasa Malaysia. Sebarang terjemahan kepada bahasa yang lain adalah hanya untuk kesenangan anda. Sekiranya terdapat sebarang konflik diantara mana-mana bahasa, Bahasa Malaysia hendaklah terpakai dan mengawal kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan dan seharusnya menjadi bahasa tertinggi penggunaannya di Malaysia.
Apabila tamatnya terma-terma ini atau tamatnya kebenaran yang diberikan kepada anda untuk mengunakan perkhidmatan atas talian, semua hak-hak yang diberikan kepada anda dibawah terma-terma ini hendaklah terhenti; akan tetapi terma-terma ini tetap terpakai kepada pengunaan perkhidmatan atas talian anda yang terdahulu dan apa-apa yang berkaitan atau berpunca daripada penggunaan tersebut. Selepas penamatan tersebut, kesemua terma berhubung dengan hak-hak Rider4U dan Ahli-Ahli Sistem Rider4U, termasuk hak kepada harta intelek, hak proprietari dan lesen-lesen akan masih lagi terpakai, termasuklah segala larangan atau pembatasan liabiliti atau penolakan.
Setiap terma dan syarat dibawah terma-terma ini adalah berasingan dan hendaklah digunapakai secara berasingan. Sekira mana-mana terma adalah menyalahi undang-undang, tak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka terma dan syarat lain yang selebihnya masih berkuatkuasa dan mempunyai kesan.
Sekiranya Rider4U gagal memberitahu anda supaya menjalankan obligasi anda dibawah terma-tema ini, atau sekiranya Rider4U tidak menguatkuasakan haknya terhadap anda, atau lambat untuk berbuat demikian, ianya tidak bermakna Rider4U telah mengenepikan haknya terhadap anda dan ianya juga tidak bermakna anda tidak perlu untuk mematuhi obligasi-obligasi tersebut.
Rider4U berhak untuk memindahkan hak dan obligasinya dibawah terma-terma ini kepada organisasi atau entiti yang lain, akan tetapi ianya tidak mempunyai kesan kepada hak anda dan tanggungjawab kami dibawah terma-terma ini. Jika dbenarkan oleh Rider4U, anda hanya boleh memindahkan hak dan obligasi anda dibawah terma-terma ini kepada satu pihak yang lain.
Dasar Pemesanan Web rider4u.my
Terma & Syarat ini adalah bagi pesanan tunggal berjumlah RM18.00 (tertakluk kepada pesanan minimum seperti yang ditakrifkan di bawah) yang dibuat melalui www.rider4u.my .
Yuran penghantaran RM5 untuk semua pesanan dalam lingkungan 8km dan jika melebihi 8km, yuran penghantarannya adalah berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.
Kawasan penghantaran terhad terpakai disebabkan restoran yang terlibat adalah terhad.
Permintaan pesanan khas (seperti kuah, tambahan sayur, tiada ais dsb) boleh dibuat melalui pesanan laman web iaitu sebelum membuat pembayaran. Pelanggan dengan pesanan khas adalah dinasihatkan untuk menelefon terus kepada khidmat pelanggan.
Harga bagi hidangan mungkin berbeza mengikut pilihan minuman anda. Harga hidangan anda akan ditunjukkan pada borang pesanan anda sebelum dipersetujui.
Bagi memudahkan proses pesanan, perasa yang diletakkan adalah berdasarkan peruntukan standard.
Walaupun kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk menghantar pesanan anda mengikut lingkungan waktu yang dinyatakan, bagi menjamin keselamatan penghantar Rider4U kami, masa penghantaran mungkin terjejas disebabkan oleh cuaca yang kurang baik, keadaan trafik dan/atau isu-isu teknikal yang di luar kawalan.
Perkhidmatan Rider4U adalah tertakluk kepada adanya perkhidmatan tersebut. Kami berhak untuk menolak sebarang pesanan.
Akses kepada Laman rider4u.myvmungkin digantung sementara waktu dan tanpa notis awal bila berlaku kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau di atas sebab-sebab yang bukan dalam kawalan Rider4U. Rider4U menolak tuntutan semua liabiliti bagi sebarang kegagalan berfungsi, pergantungan atau gangguan kepada Laman termasuk kegagalan mengakses disebabkan oleh masalah rangkaian perhubungan.
Jika Rider4U dihalang atau lambat dalam melaksanakan mana-mana atau semua obligasinya di bawah Perjanjian ini disebabkan oleh force majeure, maka Rider4U akan dibebaskan daripada prestasi atau menepati masa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Rider4U tidak bertanggungjawab kepada anda (sama ada ganti rugi atau sebaliknya) dalam perlaksaan atau kelewatan dalam pelaksanaan. "Force majeure" ertinya apa-apa kejadian yang di luar kawalan Rider4U, dan termasuk keadaan cuaca yang luar biasa, banjir, kemarau, ribut, kilat, angin kencang, taufan, gempa bumi, bencana alam, bencana alam, pesawat atau objek udara, letupan, kebakaran, peperangan, permusuhan, pemberontakan, terrorisms, kekacauan awam, rusuhan, mogok atau lock-out pada bandar atau skala industri, pertikaian perindustrian, tindakan industri oleh pekerja, kekurangan tenaga buruh, barang-barang, makanan atau bahan-bahan, kerosakan mesin atau alat atau sistem; dan perbuatan atau peraturan-peraturan kerajaan dan politik gangguan dengan operasi biasa Rider4U.
Jika Rider4U dihalang atau lambat dalam melaksanakan mana-mana atau semua obligasinya di bawah Perjanjian ini disebabkan oleh force majeure, maka Rider4U akan dibebaskan daripada prestasi atau menepati masa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Rider4U tidak bertanggungjawab kepada anda (sama ada ganti rugi atau sebaliknya) dalam perlaksaan atau kelewatan dalam pelaksanaan. "Force majeure" ertinya apa-apa kejadian yang di luar kawalan Rider4U, dan termasuk keadaan cuaca yang luar biasa, banjir, kemarau, ribut, kilat, angin kencang, taufan, gempa bumi, bencana alam, bencana alam, pesawat atau objek udara, letupan, kebakaran, peperangan, permusuhan, pemberontakan, terrorisms, kekacauan awam, rusuhan, mogok atau lock-out pada bandar atau skala industri, pertikaian perindustrian, tindakan industri oleh pekerja, kekurangan tenaga buruh, barang-barang, makanan atau bahan-bahan, kerosakan mesin atau alat atau sistem; dan perbuatan atau peraturan-peraturan kerajaan dan politik gangguan dengan operasi biasa Rider4U.
Kami mungkin akan meminda Terma Pesanan Web dari masa ke masa dan sebarang penggunaan atau meneruskan dalam penggunaan Laman Web ini adalah bergantung kepada penerimaan Terma Pesanan Web ini. Terma Pesanan Web, bersama dengan Terma & Syarat Laman Web, Polisi Privasi dan sebarang polisi lain yang anda mungkin telah persetujui, merupakan perjanjian menyeluruh di antara Rider4U dan anda dengan menghormati penggunaan anda bagi Laman Web ini.
© 2024 Rider4u. All Rights Reserved. Developed & Maintained By Harisan Technologies